Sunday 3 May 2020

    
*🌸10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’🌸*

Untuk mengelakkan hati terasa ‘kosong’, lazimilah amalan ketika haid yang dibolehkan seperti:

1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN

Dianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Kita juga boleh mendengar ayat al-Quran sambil membuat kerja-kerja rumah.

2. MEMBACA TAFSIR AL-QUR’AN

Ketika haid ini, ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-Quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet, dan bahan bacaan rujukan.

Ia bukan saja dapat memberi perspektif yang lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.

3. UCAPKAN ZIKIR

Ada banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid dan nifas. Ia berupa ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya.

Paling mudah, biasakan diri dengan zikir Fatimah, iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34kali) yang selalu dibacakan ketika selepas solat.

4. BACAAN AL-MATHURAT

Al-mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Ia dibacakan setiap pagi dan petang. Di dalam al-mathurat juga terdapat beberapa ayat al-Quran, tetapi dibolehkan membacanya dengan niat untuk berzikir.

5. BERSELAWAT

Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang berdasarkan dalil sahih adalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (Dari hadis: An-Nasae’i: 1292, Sahih)

6. ISTIGHFAR

Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ ).

Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi seorang hamba. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

7. BERDOA

Doa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.

Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

8. MENGULANG HAFALAN

Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, kita boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan tersebut.

Menurut penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Perksekutuan, sungguhpun terdapat khilaf, para ulama menyimpulkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas boleh menyentuh dan membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan. Dengan adanya tulisan dan penerangan yang bukan al-Quran, maka ia tidaklah dianggap sebagai mashaf yang murni semata-mata.

9. MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMA

Terlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.

Pilih saja yang berkenan di hati!

10. MENDENGAR KULIAH

Dengan perkembangan teknologi zaman ini, segalanya sudah berada di hujung jari. Memang mudah mendapatkan kuliah-kuliah melalui internet.

Namun begitu, usahakan juga untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di dewan, kelas, surau, dan sebagainya kerana ia diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Kita juga berpeluang untuk berdamping dan berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan yang baik.

❤️INSYAALLAH KITA MASIH BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN ALLAH SWT❤️

وَاللَّهُ أَعلَم...🌸:
#copynpaste
#syukurselalu
#sharingdenganbahagia 

Saturday 2 May 2020

Hari ni ajar anak pasal MINDFUL LIVING.

Alhamdulillah throwback kisah dua beradik. Kisah mak dia membebel pasal MINDFUL LIVING.  Sambil diorang menghabiskan sisa-sisa makanan, sambil mama dia dok sebelah melebarkan mulut bercerita 😂

Setiap makanan di depan mata ada perjalanan dia untuk sampai depan kita jadi makanan kita hari ni.

Contoh bayangkan ketam tu berapa lama dia dibesarkan di dalam laut, berapa perjalanan dia dah buat, macam mana dia ditangkap, macam mana ketam tu boleh sampai ke pasar, dan macam mana boleh ketam tu sampai depan mata. begitu jugak udang, sotong, kerang tu.

Sama juga nasi tu, siapa yang tanam padi? siapa yang tuai? Siapa yang proses packaging padi tu.Semua ni melibatkan banyak orang. Tup tup sampai depan mata jadi nasi.

Pinggan yang kita guna tu, kalau tak ada orang buat pinggan tu, kalau Allah tak izinkan orang tu sihat, pinggan takkan sempurna jadi. Kalau Allah tak bagi idea pada orang tu buat pinggan, kita pun tak dapat pinggan ni.

Sama jugak meja, kalau tak ada orang buat meja ni, kita pun tak boleh makan atas meja ni.

Allah takdirkan semua benda tu untuk sampai kat depan kita jadi makanan kita, jadi keperluan kita hari ni. Jadi kalau kita makan membazir, duduk tak elok.. seolah olah kita tak hargai makanan dan keperluan yang Allah hantar tu kat kita. Bila kita deep satu satu pada anak-anak, diorang akan start terfikir dan belajar untuk lebih menghargai.

Ikut sunnah nabi pun makan sampai licin, jangan biarkan tumpah. lepas makan jilat jari jari tu. Sunnah nabi ni ada hikmah dari segi sudut kesihatan. Saintis buat kajian celahan celahan jari ni ada enzim yang boleh bantu proses percernaan. Nampak tak uniknya Islam ni, lebih tahu setiap kelebihan untuk manusia.

Maka tak rugi pun buat amalan sunnah nabi ni, banyak lagi amalan sunnahnya. Tak dapat buat semua, buat sikit. Sunnah nabi ni kalau buat dapat pahala, kalau tinggal pun tak berdosa.

Alhamdulillah baru habis baca 100 amalan sunnah nabi. Rugi kalau dah tahu tapi tak praktikkan.

#yanarodzi
#syukurselalu
#sharingdenganbahagia

Assalamualaikum korang.. tertarik nak sharing uniknya nyamuk ni Allah buat. Subhanallah hebatnya kebesaran Allah


🛑 Seekor nyamuk diletakkan di bawah mikroskop, diperbesar 400 kali!

Ternyata di kepalanya terdapat 100 mata..
Berat nyamuk yang hanya 0,001 gram

Di mulutnya ada 48 gigi
Di dadanya ada 3 buah jantung!, ditiap jantung ada 2 atrium,2 bilik jantung ,dan 2 katup jantung

Nyamuk memiliki alat pendeteksi panas
Dan nyamuk melihat segala sesuatu dengan pendeteksi panasnya

Memiliki alat pencair darah kerana darah manusia itu kasar bagi nyamuk agar boleh mengalir di belalai nyamuk,dia mengambil contoh darah dulu baru mula menggigit

Juga memiliki alat pembius sehingga org yg diambil darahnya tidak merasa sakit saat proses pengambilan darah,beberapa detik kemudian barulah efek bius itu hilang

Dan... Belalai nyamuk memiliki 6 buah pisau! 4 buah pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat sedang 2 pisau membentuk lubang sesuai tabung penghisap darah

Di kaki nyamuk terdapat cakar dan terdapat alat seperti bekam sehingga dapat menempel di tempat yang licin

Masya Allah semoga nyamuk yang kecil ini boleh menambah keimanan kita kepada Allah, aamiin yaa Rabbal 'aalamiin

Firman Allah Ta'ala ; SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MALU MEMBUAT PERUMPAMAAN SEEKOR NYAMUK ATAU YANG LEBIH KECIL DARI ITU. ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEREKA TAHU BAHWA ITU KEBENARAN DARI MAHAPENCIPTA. TETAPI MEREKA YANG KAFIR BERKATA, "APA MAKSUD ALLAH DENGAN PERUMPAMAAN INI ? DENGAN PERUMPAMAAN ITU BANYAK ORANG YANG DIBIARKAN-NYA SESAT & DENGAN ITU BANYAK PULA ORANG YANG DIBERI-NYA PETUNJUK. TETAPI TIDAK ADA YANG DIA SESATKAN DENGAN PERUMPAMAAN ITU SELAIN ORANG-ORANG FASIK.
(Al Baqarah-26)

cnp #subhanallah
Credit tu ustazah @fatimah_syarha