Monday 17 April 2017

Resepi Menarik Untuk Bulan Ramadhan

Assalamualaikum rakan rakan BEBELSIHAT
Alhamdulillah dah masuk bulan Rejab kita yer. Bulan Rejab bulan praktikal kita sebelum masuk bulan Ramadhan.. bagi yang sedang membuat amalan amalan sunat, selamat beribadah.. semoga dipermudahkan segala urusan ibadah

Sebut pasal Ramadhan ni, BEBELSIHAT nak share 1 lagi resepi menarik untuk isteri-isteri yang suka memasak atau yang nak jadikan satu pilihan masakan untuk bulan Ramadhan nanti. Resepi ini juga dari sumber facebook Aneka Resepi Masakan

Ikan Talang Masin Tumis Darat




Bahan-Bahan:



800 gram ikan talang masin-dipotong kecil
½ biji nanas- dihiris lebar
1 cawan santan +2 ½ cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu kecil perencah kuah TUMIX
2 biji cili hijau

Bahan untuk dikisar (pes rempah):
60 gm kari ikan BABAS
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia 1 sudu besar asam jawa
2 cawan air

Bahan-bahan untuk tumis darat:
1 biji bawang besar-dihiris
3 ulas bawang bawang putih- dihiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar halba campur
Minyak secukupnya

Cara-caranya:
1.     Pertama kali rendam dulu ikan kering  bersama air dengan 2 sudu kecil KFC garam halus selama 30 minit untuk menghilangkan rasa masin (PETUA ORANG DULU-DULU). Selepas 30 minit cuci bersih dan ketepikan

2.     Masukkan ikan masin tadi di dalam kuali bersama pes rempah. Masukkan 1 cawan air dan kacau rata. Masak hingga kuah mendidih

3.     Selepas mendidih, masukkan santan diikuti nanas, gula dan perencah TUMIX. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. Tutup Api

4.     Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk tumisan tadi sehingga bawang menjadi kekuningan dan curahkan bahan tumisan tadi ke periuk kari tadi. Taburkan hirisan cili hijau. Tutup supaya aromanya tidak keluar

5.     Sebelum Menghidang, terlebih dahulu kacau supaya bergaul mesra dengan tumisan darat tadi

Selamat Mencuba


Jangan lupa share yer