Sunday 20 November 2016

KuPuteh dengan Bedak Sejuk


 Khasiat Bedak Sejuk dan Cara Membuatnya

Petua orang tua-tua, klau nak kulit nampak cantik dan muda BEDAK SEJUK la

Kiter kenal bedak sejuk ni sejak dari kecil lagi.. hihi mana taknya tok kiter memang buat.. bukan untuk menjual pun tapi memang tok kiter ni suka buat dan dia memang mengamalkannya.. sebab tu kulit tok ni lembut dan susah la nak jumpa bekas bekas jerawat. 

dari pakcik google

Sebenarnya banyak kelebihan bedak sejuk ni. Antaranya melicinkan muka, memberikan kesegaran, mengurangkan masalah kulit berminyak, menyejukkan kulit, menanggalkan sel kulit mati, membersih dan menegangkan kulit.
Sebabnya bedak sejuk ni prosesnya tak menggunakan bahan kimia.. tapi dengan syarat dalam proses rendaman tu kena rajin tukar air untuk mengelakkan gatal-gatal dan baunya yang kuat.. proses rendamanya mengambil masa berbulan bulan dan kalau tak rajin tukar air, satu rumah boleh berbau.. time tu nak menghadap pun tak lalu..
Dan kini orang semakin melupakan khasiat bedak sejuk.. dan semakin dilupakan proses membuatnya..
Apa pun kat sini kiter nak tunjuk cara membuatnya supaya bedak sejuk ni tak luput ditelan zaman.

Bahan-bahan:
  1. Beras yang berkualiti dan bersih
  2. Bunga Melur, Bunga Tanjung, dan Bunga Cempaka, akar serai wangi, daun pandan. 
Langkah-langkah membuatnya:
  1. Pilihlah beras yang berkualiti dan bersih kan dulu.
  2. Rendam beras sehingga beras menjadi kembang dan hancur. Tutup rendaman dengan kain yang berpori supaya tidak ada serangga atau binatang kecil yang masuk. Pastikan kerap menukarkan air untuk mengelakkan gatal-gatal dan berbau.
  3. Beras akan jadi kembang dan hancur.. terpulang ada yang rendam berbulan-bulan untuk memastikan beras itu hancur, tetapi terpulang la, kalau nak cepat boleh diblend atau tumbuk
  4. Kemudian jika dah betul betul hancur dan kembang, untuk nak titik buangkan air dan amikkan tepungnya sahaja. Tepung beras itu ditoskan bagi mengeluarkan serbuk yang kasar. Dan pastikan cair supaya mudah dititik
  5. Alat untuk titik bedak pulak boleh guna daun pisang, daun pokok yang lebar sikit macam daun nangka atau plastic yang sedikit keras dibuat seperti corong. 
  6. Pastikan boleh titik sebiji-sebiji.. make sure muncung bukak sedikit.. molek molek je bedaknya. Titik pulak atas apa apa kain.. kain batik boleh, kain pelikat pun boleh... Dan tunggu sehingga bedak bedak itu kering.
  7. Dah kering, kikis slow-slow dan boleh gaul perlahan lahan dan simpan dengan bunga tanjung, bunga melur, bunga cempaka, daun pandan dan akar serai wangi.. 
  8. Dah wangi.. dah boleh pakai
Cara Pakai
  1. Ambil beberapa butir terpulang nak berapa banyak
  2. Campurkan dengan sedikit air, lalu sapukan ke wajah dan leher.
  3. Jika guna sebagai masker, guna lah kuantiti banyak sebab bedak akan mengeras apabila dah kering.

Ok rasa senang tak? Seronok je kalau rasa hasil tangan sendiri.. ok kawan kawan selamat mencuba..
sekian saja dari Bebel Sihat..