Sunday 3 May 2020


CARA BAGI TAHAN HALIA, LENGKUAS, DAN ADIK BERADIK DENGANNYA

Yuhuuu ada yang dah start masak ke? Menu apa hari ni?
Alhamdulillah semalam Sabtu dah berendang ayam 😝

Dah alang alang teringat nak share tips, ada sesiapa dilema nak simpan lengkuas, serai, halia, ibu kunyit supaya bagi tahan. Kalau dok kampung senang, kutip belakang rumah je. Kalau dok bandar macam mana?

Ni kiter dulu la dok terfikir macam mana nak simpan bagi tahan, beli tapi guna sikit je.. alih alih dah seminggu dah kering. Tak leh jadi ni kena cari jalan

Apa lagi pak google la jawabnya😂 rupanya senang je.. amik halia, lengkuas, serai, ibu kunyit, kalau kiter kikis sikit-sikit buang kulit kemudian simpan dalam bekas isi air. Selang 2 minggu sekali tukar air. Mudah you tak payah dah membazir nak beli lengkuas, serai bagai..

Lengkuas kiter tu pun dah lebih daripada 2 minggu, segar bugar lagi. Nak masak tak perlu susah ke kedai lagi dek kerana halia, lengkuas kering :)

Aajomm kiter masuk dapur pulak. Menu apa hari ni yer?