Thursday 2 June 2016

Rahsia Buah Nam Nam @ Buah Katak Puru

 Apa rahsianya??

Kalau dulu senang sangat dapat.. sekarang ni nak jumpa pun payah, dah makin pupus dan kurang dikenali oleh generasi baru..

Kalau dulu petang-petang lepak bawah pokok menyicah dengan cili api kicap campur belacan sikit.. sedap sangat..Rasa gebu-gebu gitu..

Nama buah ini dikenali katak puru mungkin disebabkan kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru. tetapi bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur

Hmm.. nyumm..nyumm.. saya pun rasa sedikit kecur..

Pokok katak puru termasuk dalam kategori tumbuhan liar atau hutan.  Ia mudah ditanam atau dibiarkan melalui biji.  Jadi ia mudah tersebar apabila bijinya dicampak atau dibuang selepas isinya dimakan.  Sebab itu, pokok katak puru banyak terdapat di tepi rumah yang sebenarnya tidak ditanam, tetapi tumbuh setelah bijinya dibuang di situ.

Buahnya yang masak akan berubah kuning dan buahnya agak kembang.. biji nya leper boleh dibelah dua..Kalau dipokok, buahnya akan keluar di bahagian batang termasuk di pangkal pokok.



Kajian tentang khasiatnya belum tersebar meluas. Namun, di kalangan masyarakat Melayu, antara khasiat buah katak puru dikatakan mampu untuk merawat kencing manis, darah dan penyakit buah pinggang. 

Selain buahnya, pucuk dan daun nam nam juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan.  Pucuknya juga boleh dijadikan ulam dimakan bersama nasi.  Rasanya agak kelat yang menyebabkan ia sesuai untuk mengubat kencing manis dan darah tinggi.  Daun tua pula boleh dikeringkan dan dijadikan ramuan teh.  Ia dipercayai dapat merawat batu karang.

Elok kalau ada perancangan dikomersialkan buah Nam Nam ini. Kerana kita tahu banyak khasiatnya So buah Nam Nam pun takkan pupus.. dan lapisan muda pun boleh tahu.. 

Sekian saja bebelan sihat saya untuk petang ni

Terima kasih kerana sudi membaca